Saturday, 4 July 2015

Cara memilih pelan insurans takaful yang sesuai

Assalamualaikum.. kali ini saya ingin kongsi cara memilih pelan takaful yang sesuai untuk diri sendiri.

Insurans takaful berkonsep perlindungan risiko. Sentiasa ingat, KALAU APA-APA BELAKU PADA SAYA.....................



Antara beberapa faktor yang perlu diambil kira adalah:
1. Siapa yang ingin anda lindungi? Mereka adalah orang yang penting kepada anda. 
Tanya diri anda;
Kalau saya sakit / tiada nanti,
  • Siapa yang akan menjaga mereka?
  • Siapa yang akan sara mereka?
  • Saya tidak dapat  terus berbakti kepada orang tua.Siapa akan jaga mereka kalau saya sakit/tiada?
  • Beban mereka bertambah kerana saya tidak / tiada untuk bekerja.
  • Simpanan pendidikan untuk anak-anak nanti macam mana?
  • Habis simpanan saya kalau saya sakit teruk nanti!Simpan bertahun-tahun, duit macam air bila sakit!


2. Perlindungan yang dikehendaki iaitu perlindunagan kewangan, perlindungan perubatan dan hospital dan perlindungan simpanan pendidikan dan simpanan persaraan.
  • Saya sakit, siapa nak bayar bil hospital nanti?
  • Saya sakit teruk! Nak rawatan segera supaya dapat kerja untuk makan anak bini dan mak bapak! Kalau hospital awam, kena tunggu turn! Buat appointment dengan pakar! 
  • Kalau saya sakit/ tiada, insurans takaful akan beri pampasan. Sekurang-kurangnya ringan beban saya nak memikirkan orang tersayang. 
  • Kos perubatan semua ditanggung insurans takaful, duit simpanan pun tak terusik malahan dapat lagi ekstra simpanan bila simpan di takaful.
  • Pelan simpanan dan perlindungan untuk pendidikan anak-anak pun ada!
3. Kemampuan kewangan
Mahal la insurans takaful ni! Mana mampu nak bayar! Bulan-bulan sampai seratus lebih. 

Nanti dulu............ insurans takaful ni ada banyak pilihan! Yang penting, semua pelan yang ada ini dapat melindungi anda! Cuma atas anda untuk memilih yang mana sesuai dengan diri anda. 

Perlindungi insurans takaful ada yang murah dan ada yang mahal; bergantung kepada perlindungan yang diberi. Umpamanya anda membeli kereta. Dengan RM25,000 anda akan dapat kereta baru yang asas seperti ada air-cond, radio dan seat belt. Tetapi bila anda beli kereta RM150,000, anda dapat kereta yang ada Video player, air bags sampai 6!, leather seats dan macam-macam lagi! Sama juga macam insurans takaful. Lagi tinggi perlindungan, lagi tinggi bayaran sumbangannya. 

Tetapi jangan bimbang, sebagai ejen takaful insurans, tugas saya untuk mencari pelan yang sesuai untuk anda. Mahal atau murah itu atas pilihan anda! Yang penting, saya mahu anda dilindungi dan saya dapat membantu anda sebaik mungkin!



Kesimpulannya;
Rancang kewangan anda dengan bijak! Simpan bersama insurans takaful PRUBSN TAKAFUL untuk jaminan masa depan anda! Perlindungan + Simpananan + Ketenangan!

Sekian, wallahualam.....

jadikan saya perunding takaful anda kerana saya adalah pakar insurans takaful anda!
#pakarinsuanstakaful
#pakartakaful
#perundingtakaful
#afrin0195641407
#prubsntakaful
#prudential








No comments:

Post a Comment